Wednesday, October 27, 2010

madu 3

yezza!! back at home! hehehe...sebenarnye lame da blk umah, tp bz la pulak. adik cik aleng masuk wad. suspect kena tibi. tatau la..mcm2 diagnose buat. harap2 negative la keputusan esok.

hmmmm...sebenarnye cik aleng ni tgh pening2 lalat. pening sbb asek dok teringat je kt chekgu skuba..haishhh.....payah jgk bile dpt chekgu ensem lg bujang ni. mengganggu gugat jiwa sungguh. :) sudah la tgh ade problem dgn boyfriend ni..borak tepon pun mcm nak xnak jew...haishhh....masalah...masalah....bile boyfriend sebok da ngan keja die, da kurang mase utk kite. dulu time die dok relax2 xde keja, byk mase ngan kite, kite bising plak...risau tgk die dok saje x wat pe..hmmmm...itula manusia, xpnah puas dengan ape yg die ade. xpnah nak paham erti bersyukur. yg die tau, mengeluh, mengeluh dan mengeluh....kalau mengeluh xde usaha, tetap xde hasil jgk..padahal pintu rezeki da depan mata, tp tuhan xnak bukak jgk sbb perangai pemalas tu melebih sgt.hahahaha...ini mengata diri sendiri namenye..:p

ok u ols mau tgk sape chekgu skuba ensem tu x? mau jgk posting gamba mereka di sini. iyer..bkn sorang je bekenan, 2-2 skali aku nak baham.hahahaha....TAMAK! itu la masalah kalau xtetap hati dan pendirian. kate mak, kawan biar seribu, kawin satu je cukup. so buat la pilihan yang terbaik....insyaAllah Tuhan akan bimbing kita jumpa jodoh yang terbaik kalau kita sentiasa berdoa dan mintak petunjuk dari Allah...pilih jang jangan x pilih...hahaha....





Friday, October 22, 2010

scuba diving experience





well hello guys, cik aleng da kembali dari kursus asas selam skuba 2010 anjuran Jabatan Perikanan Malaysia. cik aleng nak konsi dengan rakan2 blogger semua video training di pulau kapas.. mmg x ternilai pengalaman berskuba buat kali pertama ni. harap dapat terus berskuba lps ni :D



Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

tinggal lg 02 minit 10 saat je sebelum masuk ke tarikh baru...

Monday, October 18, 2010

Kursus Asas Selam Skuba

Hello bloggers...

Sorry sgt2 bz skarang. cik aleng berada di terengganu dari 17 -22 hb oktober ni attend kursus asas selam skuba di Institut Perikanan Malaysia (IPM), Chendering. 1st time ni experience menyelam. mmg payah jgk la..ni baru hari ke-3 da semput2 bagai. kursus ni adalah salah satu peluang Jabatan Perikanan Malaysia sediakan untuk kakitangan2 Jabatan Perikanan. Kursus ni di tanggung sepenuhnye tau. mmg syok la. sekali dalam setahun kakitangan yang memohon akan di saring untuk menghadiri kursus skuba ni, alhamdulillah tercapai jgk hasrat cik aleng nak belajar selam skuba.

Kursus Selam skuba ni terbahagi kepada 3 bahagian:

1) Knowledge Development (teori dalam kelas)

2) Confined water dive (asas di kolam renang)

3) open water dive (di laut)

4) examination and registration (PADI)


cikgu mengajar anak2 murid yg lembab. haha cikgu ad ensem la...:)




buddy system. sentiasa bergerak bersama pasangan




best ni dpt naik atas shark


hopefully semuanya berjalan lancar dan selamat...selam skuba mmg berisiko tetapi dengan pembelajaran dan pemahaman yang baik, yakin dengan diri, kuat semangat, doa dan tawakkal, insyaAllah berjaya.


Wednesday, October 13, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Saturday, October 9, 2010

bila cinta tak direstui...

kebahagiaan tak akan dicapai jika sesebuah perkahwinan itu tidak di restui ibubapa...

hati ini terasa sayu,pedih,sakitnya teramat sangat! bagai ditikam berkali-kali. bila mak dan abah sama-sama telah menyebut ayat itu..lupakan saja buah hati kau tu, mak x suka kau berkawan dengan dia lg. kenapa kau tutup hati kau hanya untuk dia? mak x nak kau sampai x kawin semata-mata sebab kau tutup hati kau untuk orang lain..kemudian di sambung lagi, abah da cakap dari dulu, tutup buku pasal dia. jgn sebut hal dia lagi. kau kena ingat, xkan ada siapa pun yang bahagia kalau x direstui mak bapak! mak & abah x setuju dan x restu!


YA ALLAH...begitu sekali dugaan yang kau berikan pada kami...berderai airmata ini mengenang perkara yang berlaku siang tadi..begitu payah untukku menerima semua ini..terlalu payah.pedih.pahit....sungguh benci mereka pada dia..salahkah dia menyayangiku? salahkah dia mengenaliku? atau adakah aku yang salah memilih? adakah aku yang salah menilai?


YA ALLAH...berikanlah kekuatan kepada kami..berikanlah kami petunjuk..kalau benar dia jodohku, KAU bukakanlah hati kedua ibubapaku agar mereka merestui hubungan kami..dan jika benar dia bukan jodohku, KAU pisahkanlah kami secara baik dan bukakanlah hatiku ini untuk menerima orang lain..menerima jodoh yang telah kau tetapkan untukku..jodoh yang terbaik untuk diriku..jodoh yang boleh membimbingku ke jalanMU YA ALLAH....aminnn....


Hati ini kuat ingin mempertahankan cinta kami..kuat ingin mengekalkan kasih kami..sedaya kami, menempuh dugaanMU..aku pasrah, aku redha sekiranya berpisah kami kerana takdir yang telah KAU tetapkan..sesungguhnya hanya KAU saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri ini....


salam kasih salam sayang dari hati yang tulus menyayangimu....


Saturday, October 2, 2010

Tips mencari jodoh 2


Salam buat semua rakan blogger...

tadi cik aleng pergi ke walimah urus kawan sekolah rendah cik aleng. da lame sungguh x ketemu, skali die jemput kenduri kahwin. hai...cepatnye masa berlalu..time darjah 1 darjah sampai darjah 6 dulu, die la bestfriend cik aleng. time tu berhingus lg. mmg comot sgt2. duduk meja pun mesti nak sebelah2. td tgk die bersanding, cantik sgt. cik aleng doakan semoga die dan suami dapat menempuh dunia rumahtangga dengan baik dan bahagia...esok plak kwn matrix cik aleng nak kawin. roommate cik aleng yg amat hingar bingar! dulu time kt matrix sape x knal bilik paling hevoc kat aras 2 tu.hahaha..mmg sgt2 xle lupa la kenangan time kat matrix.

ok berbalik kita ke tajuk utama, memandangkan bertambah lagi rakan-rakan cik aleng yg sudah bergelar isteri, adalah baik cik aleng updatekan diri ni dengan kwn2 blogger lain tips2 mencari jodoh edisi ke2 versi mak cik aleng. edisi 1 sila ke sini yer....tips mencari jodoh 1

v
v
v
v
v

Tips ke 4 ---> Cari laki yg hormat org tua kita. kalau datang rumah tu slalu ingat kat mak ayah kita dulu. datang jenguk rumah tu bawak2 la buah tangan, baru sejuk ati bakal mak mertua.

Tips ke 5 ---> Jangan cari lelaki yang kedekut. kalau belum kawin pun da kedekut, susahla nnt. tp kalau dapat yang pemurah tu, jgn la asek nak minta itu ini, kalau da kawin tu boleh la,minta je ape abg boleh bagi.hehehe...

Tips ke 6 ---> Kalau boleh, cari lelaki yang sekufu dengan kita. x terlampau jauh sgt darjat antara pasangan. untuk elakkan mana-mana pihak merasa rendah diri atau kecewa.

Tips ke 7 ---> Jangan terus tolak persahabatan yang di hulur oleh lelaki..kalau lelaki tu ikhlas nak berkawan ape salahnya..jodoh kita x tau kn..tp jgn terlalu bagi harapan pula. org cakap, kalau ada jodoh tu ada la..kalau xde jodoh, pasti ada yg lebih baik utk kita. mak cakap berkawan biar seribu, berlaki nnt 1 je.hehehe...


ok sampai sini dulu tips mencari jodoh edisi ke2. InsyaAllah kalau rajin cik aleng buat edisi ke 3 nnt k. take care!



teringin nak tengok movie ni....


 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner