Thursday, May 10, 2012

tUAN gURU nIK aZIZ MENJAWAB DENGAN sURAH aL-qALAM AYAT 7 HINGGA 16

TG Nik Aziz Menjawab Berhubung Isu Beliau Digelar Bapa Kafir Dengan Ayat-ayat Al Quran

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qalam 68:7)

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(Al-Qalam 68:8)

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
(Al-Qalam 68:9)

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Al-Qalam 68:10)

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
(Al-Qalam 68:11)

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, -
(Al-Qalam 68:12)

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13)

Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? -
(Al-Qalam 68:14)

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
(Al-Qalam 68:15)

(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
(Al-Qalam 68:16)

Tuesday, May 8, 2012

Astaghfirullah...Fitnah yang amat besar pada Tuan Guru Nik Aziz



Astaghfirullahalazim.....

Istighfar panjang cik aleng bila terpandang headline NST harini. semudah itu melabelkan seseorang itu kafir? and that particular person is our beloved tuan guru Nik Aziz...ape la nak jadi dengan Malaysia ni? kerana politik sanggup mengkafirkan org? layakkah kita sebagai hamba menjatuhkan hukum ke atas manusia yg lain? sedangkan dosa pahala pun kita x dapat nak hitung, inikan pula jatuh kafir? semudah khalimah Lailahaillallah..Muhammadurasulullah...maka islam lah kita. jangan berasa terlalu besar diri dengan pangkat dan harta kerna yg akan dibawa nanti cuma amal ibadah..iman dan taqwa. bertaubatlah semua selagi ada masa kita. mungkin yang berlaku ini ada hikmahnya..pasti akan membuka mata dan hati untuk menilai kebenaran..sesungguhnya Allah memelihara hamba yang dekat pada-NYA....

 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner