Setelah sekian lama cik aleng menyepi..seperti sudah diabaikan blog kesayangan ini, sebenarnya banyak peristiwa yang telah berlaku..
yang duka itu semua tak perlulah rasanya cik aleng kongsi dengan rakan blogger semua..
hanya cik aleng mahu sama-sama berkongsi saat-saat manis cik aleng yang akhirnya menjadi tunangan si dia =)
kalau mengikuti perkembangan cik aleng ni, rasanya dah perasan kot siapa yang bertuah tu =)
Alhamdulillah...perkenalan selama 8 tahun ini akhirnya berjaya mendapat restu keluarga. segala perit jerih menempuh suka duka bersama, keluarga cik aleng telah menerima pilihan hati cik aleng.
Majlis pertunangan kami telah berlangsung di rumah keluarga cik aleng pada 24 Februari 2013 yang lepas. Majlis dibuat serba ringkas dan dihadiri oleh keluarga dan kawan rapat.
Semoga jodoh kami panjang...masih banyak dugaan yang perlu dihadapi dalam menuju hari bahagia kami. InsyaAllah..berkat doa rakan-rakan semua, semoga kami selamat diijabkabulkan dengan kehendak-NYA....aminn...
Tema Pink + Peach
Hasil solekan kawan baik cik aleng (Hanim)