Tuesday, May 24, 2011

A night with 6ixthSense


tengok da diorang ni...lawak & sporting gile

With Adi Priyo Sambodo...HEART!

With Muhd Safwan (drummer)..HEART jugak!

Thanks sebab anjurkan majlis kesyukuran untuk Deriaku, Fan Club 6ixthSense =)

Saturday, May 21, 2011

TKC OGA DAY


Great to be back!


Long Lost Friends!


Memorable Dewan Budiman


Tun Fatimah, Blue House the best!


With Aera, Blue House Students and me!

Thanks for making me a successful yet humble person. i love my college and forever will be in my heart and my mind...Tunku Kurshiah College...

Monday, April 11, 2011

ABPBH 2010 mmg happening!



ABPBH 2010


Anuar Zain dengan Sedetik Lebih

Anugerah Bintang Paling Popular!! Syaheizy Sam!!

dan x lupa pada my great band, menang mobile artis 2010 & Artis duo/berkumpulan

of course the hot cik Aleng & Mc Lean


Special thanx to kak zara for the tix, a big thanx to deriaku team & 6ixth Sense Crew, Mc lean & eone. saye drive sejam setengah naik Genting ok! turun genting same lambo yusri jam 2.30 pagi.hehehe....

Saturday, April 9, 2011

KRU Studio

Im here!

Athan & Wan

Cik Aleng, Ayeem & Mc lean

And the winner is....6ixth Sense!!!!!


KRU Studios (KRU) merupakan salah sebuah syarikat media dan hiburan yang tersohor. di miliki oleh adik beradik KRU, Norman, Yusry dan Edry, mereka kini mengembangkan sayap mereka dalam bidang produksi antarabangsa dengan tersenarainya filem Merong Mahawangsa di luar negara. KRU Studio yang sememangnya canggih dan dilengkapi dengan peralatan2 dan teknologi terkini. KRU Studio ini terletak di Cyber 8, Cyberjaya berdekatan dengan balai polis Cyberjaya.

HAHA banyak pulak ceritanya kan...sebenarnye cik aleng telah mendapat jemputan untuk melihat sendiri shooting band 6ixth Sense untuk program ABPBH di KRU studio. cik aleng pergi bersama dengan kwn2 baik cik aleng iaitu ayeem dam mc lean. untuk menyaksikan sendiri photoshoot kemenangan mereka sebagai Artis Mobile Paling Popular ABPBH 2010! the most download songs adalah lagu Menyesal. yg dok sentiasa berkumandang kat blog cik aleng tu..hahaha..tahniah buat band 6ixth Sense dan kepada semua peminat, deriaku, teruskan menyokong industri muzik tanah air!


Friday, March 25, 2011

Pantai Pangkalan Balak, Melaka

atiq, alin, azim

semart!

da penat berenang,lepak tepi pantai

manja2 la pulak...haha


salam bloggers...

cuti sekolah da lama da abes, cik aleng baru nak update post aktiviti cuti sekolah bersama adik2 aritu di pantai pangkalan balak, melaka..dikesempatan ni jgk, cik aleng nak ucap tahniah pada SPM candidate 2010. ini adalah permulaan pada kehidupan masa akan datang. teruskan perjuangan adik2 semua! so skarang da boleh mula target ape bidang pekerjaan yang bakal adik2 ceburi nanti. pesan cik aleng, buat lah sesuatu yang diminati agar x rasa berat bila belajar dan kerja nanti. pada yang ada bakat terpendam tu, jangan segan untuk menggilap bakat anda. mane tau yang pandai melukis tu boleh jadi arkitek, yang pandai membaiki tu boleh jadi manager kilang keta, ha pilih jangan x pilih, sambung belajar tu amat penting, tapi pada yang kurang minat untuk sambung belajar, x mengapa, cari kerja yang bersesuaian dan pastikan halal.insyaAllah....jangan jadi beban orang, kite da besar, kena mula pikir hal diri sendiri. jangan mudah terperangkap dengan janji2 manis tau. kat luar tu bukan semuanya indah.beringatlah....

Wednesday, March 9, 2011

ASMARA 2 ~ rumah baru, cerita baru

assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua blogger...da lame cik aleng menyepi gara-gara berpindah ke rumah baru di Putrajaya. Alhamdulillah akhirnya cik aleng berjaya kembali hidup bujang sejak isnin lalu. thanks to my mom sebab belanja beli perabot umah ni.hehehehe...anak perempuan kan, biase la manje menggedik.hahahaha....cik aleng sekarang duduk bertiga, ade housemate so xde la takut.huhuhu....harap-harap diorang berdua sporting dan x ske jaga tepi kain orang sgt. jaga sikit2 sudey....

baru 3 hari dok sini da terasa bosan. terasa mcm panjang plak masa ni. sebab selalunya habiskan masa sejam meredah jam sebelum sampai ke rumah, skarang 5 minit drive da sampai umah. blk2 da xtau nak buat ape.haiisssshhhhh...so cik aleng pegi la jalan2 mencari CD untuk hilangkan rasa boring n sunyi ni..sebabnye rumah ni masih lg serba kekurangan, barangan elektrik termasuk TV dan astro xde lagi...



tapi harini thanks to my housemate sebab ingatkan cik aleng untuk tengok drama ASMARA2 kat www.tonton.com.my tengok kat tonton ni kena login dulu. kepada siapa-siapa yang ade account dengan TV3 boleh je guna user id TV3. buffering 5 minit pertama je, seterusnye clear sampai abis cite. jadi diharap bersabar kejap la. lagi satu mujur la ade BB i yang serba canggih ni, boleh pakai tenet kat umah baru..hehehe i love u my BB.

takat ni dulu la. jumaat ni blk umah angkut TV bawak mai sini. xde la cik aleng boring lg kan...ok guys love u all!

Tuesday, March 1, 2011

Harapan~Fazli Zainal

Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku


lagu ini ditujukan khas buatmu....semoga kau bahagia bersamanya..terima kasih atas memori indah bersamamu....

 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner