myb ade yg tertanya2 ke mana perginya cik aleng kite. hmm untuk pengetahuan semua, cik aleng telah kehilangan arwah datuknya pada hari khamis lepas iaitu pada 21 Januari 2010 yang lalu akibat sakit tua. cik aleng panggil datuk sebagai Chek. Arwah chek meninggal dunia pada umurnya 8o tahun (ikut IC) @ 84 tahun umur sebenar beliau. Semasa hidupnya arwah merupakan seorang insan yang cukup sederhana. mesra dengan ahli keluarga dan sentiasa merapatkan diri dengan penciptanya. semasa hayatnya, arwah tidak akan miss graduation cucu-cucu perempuannya, termasuklah graduation cik aleng. teringat lagi kata-kata arwah bertanyakan bila pulak cik aleng nk bertunang? hehe..cik aleng membalas, chek tlg la doa cpt sket jodoh sampai..:) walaupun diusia tua, chek x pernah lupa setiap anak, cucu dan cicitnya. begitu juga pada arwah2 moyang dan ketas2 lg. tiap kali solat, chek akan menjadi imam di rumah di kampung. setiap kali raya, chek yang akan mengajak kami semua menziarahi kubur. di akhir2 hayatnya, chek tidak lagi sihat seperti dahulu. makan perlu disuap, mandi perlu di lap,pakai perlu di tolong..akhirnya pada subuh khamis, masanya susah tiba..sebagai cucu, aku redha dengan kehilangan arwah. yang datang pasti kan pergi. yakinlah ajal kita akan tiba satu hari nnt..wahai rakan2, ku mohon sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah moganya rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan sebagai golongan2 ahli syurga. Al-Fatihah...




0 comments:
Post a Comment