Wednesday, May 5, 2010

Tunjuk ajar ku sifu


So sorry guyz cik aleng senyap tanpa sebarang makluman. sebenarnye cik aleng pulang ke kampung di Kelantan ujung minggu lps. then isnin dan selasa terus ke Kajang untuk Program Pementoran Jabatan Perikanan Malaysia Anjuran JPA. so mari kita mengenal serba sedikit mengenai program pementoran ini.



1) Program ini memerlukan 2 komponen asas iaitu Mentor dan Menti
2) Menerapkan 3 elemen penting iaitu pementoran, kaunseling dan coaching
3) Bertujuan untuk membangunkan kompetensi professional, kompetensi budaya, kompetensi peribadi dan kompetensi sosial seseorang individu
4) Juga berfungsi untuk mencungkil potensi-potensi diri dan meningkatkan keyakinan diri
5) Merupakan satu pendekatan untuk memberi sokongan, bimbingan dan bantuan secara professional oleh mentor bagi pembangunan diri menti yang melibatkan perhubungan, pemindahan kemahiran professional dan personal.


So ape tujuan sebenar program mentor-menti ni? lebih kurang mcm program realiti TV MENTOR tunjuk ajar ku sifu la. seorang menti belajar drpd seseorang yg lebih baik dan berpengalaman. x semestinya mentor itu seseorang yg lebih tua drpd menti ataupun org lama. tetapi mentor ini mempunyai ciri2 dan amalan yg baik dan membantu untuk meningkatkan prestasi dan kompetensi seseorang, sama ada dengan menjadi penasihat, memberi contoh, atau menurunkan ilmu2nya kpd menti tersebut.

memberi bimbingan dan jalan (option) ke arah yg baik


Dalam program pementoran ni, cik aleng telah mendapat seorang mentor yang amat memahami, berpengalaman, berfikiran terbuka, sedia untuk membantu dan mempunyai nilai2 murni yang boleh di contohi. beliau adala En. Hamdan bin Jaafar. Cik aleng benar2 berharap program ini dapat membantu dalam meneruskan cabaran dalam kerjaya dan membentuk cik aleng menjadi seorang pegawai yang professional, berdaya saing, cekal dan bermotivasi tinggi. sekian...


0 comments:

 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner