Thursday, July 22, 2010

Jom ke AQUARIA KLCC

KLIK BANNER ATAU KLIK SINI


Free Exhibition @ education centre Aquaria KLCC. jom la kwn2 blogger kite support campaingn Turtles Are Free ni. Cik aleng akan attend perasmian program ni pada 26hb Julai 2010 di Aquaria. kempen ni adalah anjuran bersama Aquaria, Jabatan Perikanan Malaysia, The Body Shop, UMT dan Media Prima. Sure happening punye la.hehehe...

so ape yang korang tau pasal penyu ni? jom la baca info pasal penyu:

Terdapat 7 spesies penyu di dunia pada masa ini dan empat daripadanya mendarat di pantai-pantai di Malaysia.

Empat spesies penyu tersebut ialah :

  • Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
  • Penyu Agar (Green Turtle)
  • Penyu Karah (Hawksbill Turtle)
  • Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle
Ciri-ciri dan biologi penyu:
  • PENDENGARAN – tulang tunggal di dalam telinga untuk mengesan gegaran bunyi
  • PENGLIHATAN – Melihat dengan jelas di dalam air tapi rabun jauh semasa di daratan
  • BERNAFAS UDARA – P.Belimbing boleh menyelam hingga lebih 100meter untuk cari obor-obor. P.Agar boleh menyelam hingga 5 jam, P. Karah hanya 35 – 45 minit.
  • PERILAKU SOSIAL – Penyu berkumpul untuk mengawan dan sesetengahnya berhijrah ke kawasan bertelur. Sebaliknya anak penyu akan hidup bersendirian hingga matang.
  • Penyu jantan dan betina tidak boleh dibezakan secara luaran hingga mereka mencapai kematangan. Penyu jantan akan mempunyai ekor yang lebih panjang & besar
  • P. Belimbing adalah penyu terbesar. Rekod terbesar pernah ditemui – seberat 916 kg
  • Hanya penyu betina naik ke pantai untuk bertelur. Sebaik sahaja bertelur, ibu penyu akan meninggalkan sarang buat selama-lamanya.
  • Bertelur purata 5-8 kali semusim (selang masa 2 minggu setiap peneluran)
  • Mengambil masa 20 – 50 tahun untuk matang
  • Hanya seekor daripada 1000 – 5000 tetasan diramal berjaya hidup ke peringkat matang.
info selanjutnya sila layari turtlemalaysia


1 comments:

hans said...

owh
26 july nih ker?
bagus tarikh tu
sayang ada kelas maaa


P/S : Sebab Pinggang Gua Tergeliat Jadi Hari Nih Gua Jawab Soalan Jer Lah

 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner