Tuesday, August 31, 2010

Selamat hari Merdeka ke 53 MALAYSIA



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53 MALAYSIA!


Alhamdulillah sudah 53 tahun negara kita Malaysia Merdeka...

Alhamdulillah kita dapat hidup aman damai bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama..

Alhamdulillah negara kita tidak di ancam keganasan dan perang..

Alhamdulillah merdeka tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan, bulan keberkatan..

Alhamdulillah kemerdekaan tahun ini tidak dicemari dengan kemaksiatan dan dosa :)


Tapi tahun ni sambutan agak kurang menggalakkan..kurang jalur gemilang dikibarkan di setiap penjuru yang ada. di saat2 akhir baru kelihatan bendera2 Malaysia dikibarkan di tiang2 rumah dan di kereta. aku x terkecuali. smlm di ofis, dapat 10 tiang bendera kecik utk pasang di kereta, tp masih x terlalu lambatkah? hmmmm...sebenarnye setiap hari kita boleh mengibarkan bendera kita. x semestinya tunggu 31 hb Ogos tiap2 tahun baru nak kibarkan bendera. so harap2 esok masih ada antara kita yang masih mengibarkan bendera Malaysia...

Salam 1 Malaysia!

Friday, August 27, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
SALAM SAYANG DARI CIK ALENG UNTUK SEMUA BLOGGERS

Thursday, August 19, 2010

karut marut



lame rasenye x posting...sori la kwn2..mmg agak bz kebelakangan ni. bulan2 puasa ni bateri weak sket. huhuhu..idea pun kering. siyes xde idea langsung nk posting. nak cite sal bf, xde pe pun yg menarek. nak cite sal life, lg la xde yg menarek. td dapat slip gaji, blon dapat kenaikan lg.ingatkan dapatla duit raya lebih hasil tunggakan kenaikan, skali xde jgk. hmmm..tunggu je la..nampak gayenye raya tahun ni ala kadar saje..kena catu la duit raya sepupu sepapat. kepada pemenang contest cik aleng, cik aleng baru je pos hadiah tu smlm. sori sgt2 lambat anta hadiah tu. yang topupnye hadiah pun cik aleng x bg lg. harap bersabar ek. sori tau. rupenye2 susah jgk nk buat contest ni.huhuhu...
tahun ni cam x buat jek kuih raya. masa x de la. malas yg ada.hahaha...nak gi tarawih pun berat je perut ni. malam ni mak ajak jemaah skali. mak sakit mata, so xle ke surau jemaah. xpe la mak, kite jemaah 2 org pun ok jgk.hehehe...kad raya da nak siap da. nnt aleng letak kat blog ek. cantik tau. ditujukan khas buat semua follower dan kwn2 blog. aleng syg korang sume. slamat menjalani ibadah puasa! wassalam..

Sunday, August 15, 2010

6ixth Sense - Cinta Sejati



Tak ada yang bisa memahami seluruh rinduku
Selain dirimu yang tlah menyelami
Samudera hatiku ini

Tak ada yang bisa mengerti seluruh jiwaku
Selain dirimu yang telah menggenggam
Seluruh jiwaku ini

Bridge
Sejauh mana pun kau pergi
Tak kan jauh
Dari hatiku ini…

C/O
Kaulah cinta sejati dihatiku
Hingga nanti kumati
Kaulah cinta abadi dijiwaku
Hingga akhir hayatku nanti…

Saturday, August 14, 2010

Tragedi Puting Beliung Ramadhan


Salam ukhwah buat semua rakan blogger....

cik aleng harini betul2 terkedu melihat video rakan cik aleng di facebook mengenai kejadian ribut di bazar ramadhan jasin petang semalam. astaghfirullahalazim...macam x percaya tragedi ni benar2 berlaku semasa umat islam di jasin sedang asyik membeli belah juadah untuk berbuka puasa...petang td pun cik aleng ke bazar ramadhan jugak seronok sgt memilih lauk2 yang pelbagai. mujur la habis semuanya.
takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia di hempap khemah yang diterbangkan ribut. al-fatihah...kepada semua, beringat la selalu, bala yang diturunkan di negara kita ni pasti ada hikmahnye...ada salah silap kita di muka bumi Allah ni.. cik aleng pun mmg banyak sgt buat dosa. kepada semua, cika aleng mohon ampun maaf sekiranya ada yang tersinggung hati dan perasaan...semoga kita semua dijauhi dari bala dan malapetaka...semoga diberkati ramadhan ini.....aminn...


KEADAAN bazar Ramadan yang dilanda ribut di pekarangan Stadium Jasin, petang semalam."

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TragediRamadan/Article/ boleh baca berita mengenai kejadian ini di link tersebut.

Thursday, August 12, 2010

aisy 1st giveaway

cik nadiah telah tag cik aleng la...


AISY 1st giveaway akan tamat pada 29/08/2010

syarat2 penyertaan, boleh terus ke blog Aisy Studio

Step 1: sudah follow AISY Studio
Step 2: sudah "Like" AISY_STUDIO di FACEBOOK

Step 3: Pada pandangan cik aleng, AISY Studio terlalu byk tulisan. lebih baik rasenye jika aisy dapat banyakkan gamba setiap produk. minimum dari 2 sudut pandangan.
Lebih cantik lagi kalau aisy dapat letakkan gamba2 promosi produk di sidebar blog bagi menarik perhatian pembeli.

Step 4: Nak tag dyahaha la
Step 5: sila check komen yer


hadiah yang cukup menarik

~ Clutch + Shawl ~
~ Bangle @ Bracelet + Coin pouch ~
~ Shawl ~
~ Coin pouch ~
~MYSTERIOUS GIVE~

dugaan hari pertama puasa

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA...

sudah pun masuk hari ke 2 kita menjalani ibadah puasa. alhamdulillah berjaya menempuh dugaan hari pertama. sifat amarah, geram, telah memunculkan dirinya. mujur ada sifat sabar menenangkan kembali hati ini. tp sabar manusia biasa x sama seperti sabarnya para nabi. pada orang kita masih cuba untuk menahan amarah, sabar dan berbaik2,masih boleh tersenyum tidak ikhlas. tapi pada barang yang x bersalah pula yang menjadi mangsa. habis dihempasnya telefon itu, ditendangnya pintu itu, dicontengnya kertas itu bagi meluahkan rasa marah dan tidak puas hati. x cukup dengan itu, pabila ketemu rakan taulan, di ceritakan pula hal si polan itu, ini. diluahkan rasa tidak puas hati. adakah itu caranya kita mengawal marah di bulan mulia ini? fikir-fikirkan lah..sesungguhnya memaafkan seseorang itulah perkara terbaik mengawal sifat amarah. bermula dengan maaf, disulami dengan nasihat membina dan senyuman yang ikhlas dari hati....

selamat menjalani ibadah puasa. tempuhi dugaan yang mendatang dengan sabar...

Saturday, August 7, 2010

Ramadhan Al mubarak


ahlan wa sahlan...

assalamualaikum..tinggal beberapa hri sahaja lagi bulan Ramadhan bakal menjelma. di sini cik aleng ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap atau terkasar didalam menulis blog ini..semoga Ramadhan pada kali ini mendapat rahmat dan pahala berlipat kali ganda. aminn...




Tuesday, August 3, 2010

OIL COMBAT 2010


Salam 1 Malaysia semua.....

Pada kali ni cik aleng outstation ke pulau pinang pulak. menghadiri program OIL COMBAT 2010 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia di Vistana Hotel, P.Pinang. Modul oil combat ini berlansung selama 3 hari dari 3-5 ogos 2010. modul ini juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

1) Seminar Kawalan Tumpahan Minyak Kebangsaan
2) Table-Top Discussion - Simulation of handling real situation/cases
3) Hands On Activity at Penang Port

Menarik x? program ni besar-besaran dijalankan dengan kerjasama 18 agensi kerajaan bersama-sama agensi swasta seperti PETRONAS, SHELL dan EXXON MOBIL. Semuanya dengan 1 matlamat, mencegah dan mengawal tumpahan minyak daripada berlaku dan merebak ke kawasan2 pantai di negara kita. Malaysia yang merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak dan mempunyai antara Pelabuhan yang sibuk di dunia perlu menghadapi dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan berlaku bencana tumpahan minyak di negara ini.

Pada bulan mei lepas, di penggerang, johor, telah berlaku 1 tumpahan minyak hasil daripada pelanggaran 2 buah vesel yang telah mencemari perairan laut selatan kita dengan minyak. di harap kawalan ke atas tumpahan minyak ini akan sentiasa berterusan dan di uruskan dengan baik untuk kesejahteraan sejagat.



Sunday, August 1, 2010

Perasmian Surau Darussalam

SURAU DARUSSALAM


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger...

maaf cik aleng sedikit sibuk hujung minggu ni di atas sebab terlibat dengan perasmian Surau Darussalam, Taman Nirwana, Ampang dan Program Memasyarakatkan Surau darussalam.

Program Perasmian bermula seawal jam 8.30 pagi dengan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti mewarna, uji minda, pertandingan azan, expo, bercerita dan sebagainya...
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah sudi merasmikan Surau Darussalam berwajah baru hasil kerjasama penduduk sekitar Taman Nirwana..

PERTANDINGAN MEWARNA UNTUK ADIK-ADIK

Program di teruskan dengan forum Destinasi cinta pada sebelah malam dan hidangan sup tulang.nyum2..tp mlm td hujan agak lebat..cik aleng x dpt ke sana.

Pagi Ahad pula program disajikan dengan aktiviti beriadah. seperti pertandingan tarik tali antara surau, pingpong dan carom. tidak dilupakan ada hajuga hadiah untuk cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir..cik aleng agak x bertuah la...huhuhuhu...

Di harap kemeriahan ini tidak berhenti setakat 2 hari ni saje. moga kedatangan Ramadhan akan bertambah meriah tahun ini kerana bertambah keselesaan yang disediakan di surau baru ini...wasalam....

KUNJUNGAN KAK DINA BERCERITA DI SURAU DARUSSALAM


 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner