Pada kali ni cik aleng outstation ke pulau pinang pulak. menghadiri program OIL COMBAT 2010 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia di Vistana Hotel, P.Pinang. Modul oil combat ini berlansung selama 3 hari dari 3-5 ogos 2010. modul ini juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
1) Seminar Kawalan Tumpahan Minyak Kebangsaan
2) Table-Top Discussion - Simulation of handling real situation/cases
3) Hands On Activity at Penang Port
Menarik x? program ni besar-besaran dijalankan dengan kerjasama 18 agensi kerajaan bersama-sama agensi swasta seperti PETRONAS, SHELL dan EXXON MOBIL. Semuanya dengan 1 matlamat, mencegah dan mengawal tumpahan minyak daripada berlaku dan merebak ke kawasan2 pantai di negara kita. Malaysia yang merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak dan mempunyai antara Pelabuhan yang sibuk di dunia perlu menghadapi dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan berlaku bencana tumpahan minyak di negara ini.
Pada bulan mei lepas, di penggerang, johor, telah berlaku 1 tumpahan minyak hasil daripada pelanggaran 2 buah vesel yang telah mencemari perairan laut selatan kita dengan minyak. di harap kawalan ke atas tumpahan minyak ini akan sentiasa berterusan dan di uruskan dengan baik untuk kesejahteraan sejagat.






0 comments:
Post a Comment