Saturday, January 15, 2011

i had a nightmare

hype! any interesting story? hidup seperti biasa..alhamdulillah syukur...tp ade yg pelik terjadi dalam tidurku malam td..yerp a nightmare i guess...aku mimpi SANTAU. yer santau yang muntah darah tu...mmg pelik dan seram mimpi aku tu. ape petandanye yer? ada sape2 tau x? haishhh..sampai malam ni aku masih teringat2 lagi mimpi tu. ada satu family ni, ayah die mcm jahat. slalu la marah anak2 die, pastu anak die benci kat die kot, die pun ajak kawan die blaja buat santau. mule2 die test kat kwn2 skola die. gile arrr muntah darah siot!!! pastu da kompem jadik, die bg ayah die makan ape tah, pastu muntah darah sampai mati!!


Definisi santau mengikut Wikipedia

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.


sape2 pernah alami mimpi yang sama x? minta kongsi bersama...mungkin ia hanya mainan tidur..wallahualam....


0 comments:

 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner