Saturday, February 26, 2011

mesti tonton: Julie & Julia


salam bloggers sekalian....harini cik aleng berehat-rehat di rumah saje bersama kawan baik cik aleng, cik ayeem...kami berdua melepak2 menonton starmovies. ade cite best nak review ni....
v
v
v
v
v
v
v


Julie & Julia

Julie & Julia ni merupakan kisah benar yang di adaptasi dari buku “Julie & Julia: 365 Days, 524 Recipes, 1 Tiny Apartment Kitchen” oleh Julie Powell dan “My Life in France” oleh Julia Child bersama Alex Prud'homme. menariknya cerita ni adalah kedua-dua watak ini mempunyai minat yang sama iaitu memasak dan menulis cuma mereka hidup di dalam 2 era yang berbeza. dalam cerita ini ada slot2 yang menggambarkan persamaan mereka : julia belajar memasak resepi dari Perancis manakala julie belajar memasak resepi julia. julia pula menerbitkan buku memasak untuk di sebarkan kepada rakyat Amerika yang pada era itu tiada tukang masak ternama, cuma yang bezanya julie yang hidup pada era sekarang menulis di dalam blog untuk berkongsi dengan rakan maya. ha menarik kan? hehehehe...teringat pada kawan2 yang suka menulis blog2 resepi untuk di kogsi bersama. terima kasihlah kerana sudi berkongsi resepi yer...mane lah tahu suatu hari nnt resepi tu akan diterbitkan dalam majalah atau buku masakan. ok sehingga ini saja review movie pada kali ini. selamat menonton!

Saturday, February 19, 2011

Semarakkan cinta bersama 6ixth Sense dan Ana Raffali

Sekali lagi cik aleng di jemput menghadiri event yang di anjurkan oleh Universal Music iaitu Semarakkan Cinta bersama artis kesayangan cik aleng 6ixth Sense!!! dan di ceriakan lagi dengan kehadiran Ana Raffali yang juga bernaung di bawah Universal Music. dalam event ini, mereka menjemput pasangan-pasangan bertuah bagi menyemarakkan cinta mereka pada yang tersayang melalui hadiah persembahan artis kesayangan mereka ini...

walaupun cik aleng x datang bersama pasangan, rasa bertuah sangat di jemput secara peribadi oleh PR 6ixth sense, kak Zara tanda penghargaan mereka pada peminat setia 6ixth Sense...korang jangan jeles yek! hehehehe....

my fav band ever!

Persembahan khas dari 6ixth Sense untuk peminat
mereka menyampaikan 4 buah lagu pada malam ini secara akustik

Bergambar bersama 6ixth Sense....

Ana Raffali yang cool, menyampaikan 3 buat lagu untuk peminat


Terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menyemarakkan lagi cinta saya pada mereka...hehehe..thanks for the CD's ya!
kalau ade event lagi jangan lupa jemput.

Monday, February 14, 2011

setiap hari adalah istimewa..




Sunday, February 13, 2011

Gateway to India Part 1~Mysore Palace




Setelah Seminggu bercuti di Bangalore, India, cik aleng ingin berkongsi pengalaman tempat2 menarik semasa cik aleng ada di sana. walau x banyak gambar yang cik aleng ambil kerana mereka hadkan kawasan bergambar. tempat pertamam adalah Mysore Palace. Mysore Palace ini dibina keluarga Wodeyar, pemerintah yang diletakkan oleh British setelah kematian Tipu Sultan di tangan British. Istana besar ini menyimpan khazanah kemewahan keluarga diraja Wodeyar di bawah British. kemewahannya memang x dapat cik aleng gambarkan dengan kata-kata. kalau boleh di gambarkan, satu perkataan je kot 'MELAMPAU'. ahahaha...itulah bezanya antara golongan bangsawan dan orang kebanyakan. setiap inci pembinaan istana ini sangat teliti dan terperinci. dengan keluasan berekar2, istana ini tersergam indah di tengah2 bandar Mysore..Mysore Palace ini juga dihubungkan dengan kuil di kiri kanan tanda mereka memandang tinggi pada agama mereka. yang paling menarik adalah kawasan anjung yang mempunyai lukisan dinding yang menakjubkan di diinding langit dan juga ruang tengah di mana mereka menjalankan upacara perkahwinan di raja. kubahnya di hiasi dengan glass window bercorak burung merak. seni binanya adalah dari seni bina islam kerana di khabarkan, arkitek dan pekerja yang membina istana ini adalah orang islam..indahnya subhanallah...
 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner