Sunday, February 13, 2011

Gateway to India Part 1~Mysore Palace




Setelah Seminggu bercuti di Bangalore, India, cik aleng ingin berkongsi pengalaman tempat2 menarik semasa cik aleng ada di sana. walau x banyak gambar yang cik aleng ambil kerana mereka hadkan kawasan bergambar. tempat pertamam adalah Mysore Palace. Mysore Palace ini dibina keluarga Wodeyar, pemerintah yang diletakkan oleh British setelah kematian Tipu Sultan di tangan British. Istana besar ini menyimpan khazanah kemewahan keluarga diraja Wodeyar di bawah British. kemewahannya memang x dapat cik aleng gambarkan dengan kata-kata. kalau boleh di gambarkan, satu perkataan je kot 'MELAMPAU'. ahahaha...itulah bezanya antara golongan bangsawan dan orang kebanyakan. setiap inci pembinaan istana ini sangat teliti dan terperinci. dengan keluasan berekar2, istana ini tersergam indah di tengah2 bandar Mysore..Mysore Palace ini juga dihubungkan dengan kuil di kiri kanan tanda mereka memandang tinggi pada agama mereka. yang paling menarik adalah kawasan anjung yang mempunyai lukisan dinding yang menakjubkan di diinding langit dan juga ruang tengah di mana mereka menjalankan upacara perkahwinan di raja. kubahnya di hiasi dengan glass window bercorak burung merak. seni binanya adalah dari seni bina islam kerana di khabarkan, arkitek dan pekerja yang membina istana ini adalah orang islam..indahnya subhanallah...

0 comments:

 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner