Sunday, October 30, 2011

Memohon keredhaan ilahi..

Salam semua..

Setelah seminggu cola menyepi, akhirnya dia menghantar utusan sms pd cik aleng. Nampaknye betullah sangkaan cik aleng dia mmg mengelak dari cik aleng kerana ingin menjauhkan dirinya..katanya dia x sesuai, life dia berbeza..maka adalah lebih baik kami tidak bersama..

Hmmmm...pedih mmg pedih, perit mmg perit, tp cik aleng xmampu utk memarahi apetah lagi memaki dia. Mungkin dia merasakan susah utk dia meninggalkan cara hidup dia yg sekarang. Mungkin dia merasakan cik aleng cuba mengubah dirinya..terpulanglah..

Ada juga dia menyatakan dia masih xdpt terima cik aleng yg masih bersama dgn kekasih hati..walaupun hanya perlu menunggu 2 bulan saja lagi, dia x sanggup berkongsi kasih.mmg tiada siapa yg sanggup. Maka cik aleng membuat keputusan utk masih bersama kekasih hati sementara ada waktunya..januari bakal tiba juga, jika waktu dan ketika itu cola masih sayang dan kasihkan cik aleng, cik aleng akan menyerahkan kasih syg tanpa berbelah bagi..lebih baik kami berpisah sementara dari masing2 makan hati..

Itulah keputusan yg terbaik utk kami bertiga sekarang, aku redha ya Allah dengan ketentuanmu. Aku yakin ada hikmah di atas segala apa yg berlaku. Ada baiknya jadi begini..aku memohon padamu ya Allah,,kau berilah petunjuk moga aku tidak tersalah pilih.

Sent from my BlackBerry®

Tuesday, October 25, 2011

Jiwa kacau

salam....
pening lak kepale ni..hai..sakit kepala ke sakit hati? ntah la..sakit jiwa kot aku ni....
siang-siang ingat cola, malam-malam ingat ijad
bile la masa aku ingat tuhan ntah. harap x pernah hilang sedetik pun ingatan aku pada yang maha Esa...

harini putaran lagu semuanya lagu cinta. lagu-lagu yang membuatkan hati lara...kesunyian, kerinduan...

aku perlukan seseorang..seorang teman yang sentiasa ada denganku..walau bukan di depan mata, cukuplah dia ada di dalam hati. kerna hati ini semakin hari semakin parah...

datanglah wahai kekasih..muncullah dikau dalam mimpiku jika kau x mahu muncul didunia realiti..
akanku terimamu seadanya...insyaAllah...

Monday, October 24, 2011

Da 5 hari dia menyepi...kenapa? aku pun tidak tahu..mungkinkah dia mahu menyepi buat selama-lamanya? adakah dia telah membuang aku jauh dari hidupnya? setiap hari aku buka account fb dia. kadang2 aku nampak dia online..tapi..kenapa tiada sebarang respon? hmmmm...kemusykilan melanda. kenapa kau mahu menyeksa jiwa dan raga aku? kenapa? kau kata aku buat kau menunggu, yang sebenarnya kau yang buat aku tertunggu-tunggu. semangat semakin luntur. hati semakin resah. masihkah ada sinar harapan untuk kami? bersama suatu hari nanti?...memohon keredhaan Ilahi.

Thursday, October 20, 2011

Baby girls in da house yo!


Alhamdulillah...Kak long selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada tarikh keramat 20.10.2011 setelah false alarm minggu lps,cuak2 kami bergegas ke penang. tapi Allah lebih mengetahui..lahirnya kedunia ni atas kehendakNYA. Alhamdulillah..syukur yang amat di atas kurniaan Ilahi kepada keluarga kami. Di doakan anak2 ini mendapat rahmat dan berkat. menjadi anak2 yang solehah, menjadi insan yang berguna dan menjadi muslimah yang sejati..

Soalnya, cik aleng bile lagi? hahaha soalan cepu cemas tu. cik aleng tunggu bakal ayah anak2 cik aleng masuk minang dulu. bila tu hanya tuhan saja yang maha mengetahui. kita merancang tuhan yang menentukan segalanya..memohon keredhaan ilahi....

Wednesday, October 19, 2011

Salam Oktober semua...Cik aleng akan memulakan bulan Oktober ini di tempat baru. cik aleng di tukarkan ke Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber, Cawangan Pembangunan Tuna. Berat hati cik aleng nak tinggalkan kawan2 dan staff2 yang da 2 tahun lebih bekerjasama, tapi hidup mesti diteruskan...cabaran akan datang boleh mematangkan cik aleng. insyaAllah....semoga cik aleng mendapat lebih pengetahuan dan pengalaman di tempat baru ni :) chaiyok! chaiyok!

Aritu sempat ke Pulau Redang bertemu dengan Cola Mantaraya. hati girang tidak terkata setelah hampir setahun cuma berutus khabar, kami bertemu...mata bertentang mata, dua hati menjadi satu...chewah bermadah plak cik aleng ni...cik aleng harap ada sinar bahagia dengan kekasih hati yang baru ni..semoga dia dapat menggantikan tempat buah hati kesayangan cik aleng yang bakal cik aleng tinggalkan penghujung tahun ni. memang sedih kalau memikirkan hal perpisahan..tapi apa kan daya..janji kepada mak dan abah x akan hubungi si dia lagi tahun depan..cik aleng harap sangat Cola Mantaraya dapat bersabar sementara menunggu tiba waktunya. cik aleng x nafikan, telah terbit perasaan suka, kasih dan sayang pada cola. mungkin kerana dia tidak banyak berbeza dengan si dia. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, begitu juga dengan cik aleng, si dia dan cola. masing2 harus mengakui dan menerima seadanya..hanya Allah penentu segala. moga ada jodoh cik aleng suatu hari nanti....

PS: mak macam suke sangat mak berkawan ngan cola. apesal ek? sbb die hot kot!hehehehe...

Penerang Hati by 6ixhSense & Saujana


Mencinta Mu tenangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu
Seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh...


 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner