Wednesday, October 19, 2011

Salam Oktober semua...Cik aleng akan memulakan bulan Oktober ini di tempat baru. cik aleng di tukarkan ke Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber, Cawangan Pembangunan Tuna. Berat hati cik aleng nak tinggalkan kawan2 dan staff2 yang da 2 tahun lebih bekerjasama, tapi hidup mesti diteruskan...cabaran akan datang boleh mematangkan cik aleng. insyaAllah....semoga cik aleng mendapat lebih pengetahuan dan pengalaman di tempat baru ni :) chaiyok! chaiyok!

Aritu sempat ke Pulau Redang bertemu dengan Cola Mantaraya. hati girang tidak terkata setelah hampir setahun cuma berutus khabar, kami bertemu...mata bertentang mata, dua hati menjadi satu...chewah bermadah plak cik aleng ni...cik aleng harap ada sinar bahagia dengan kekasih hati yang baru ni..semoga dia dapat menggantikan tempat buah hati kesayangan cik aleng yang bakal cik aleng tinggalkan penghujung tahun ni. memang sedih kalau memikirkan hal perpisahan..tapi apa kan daya..janji kepada mak dan abah x akan hubungi si dia lagi tahun depan..cik aleng harap sangat Cola Mantaraya dapat bersabar sementara menunggu tiba waktunya. cik aleng x nafikan, telah terbit perasaan suka, kasih dan sayang pada cola. mungkin kerana dia tidak banyak berbeza dengan si dia. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, begitu juga dengan cik aleng, si dia dan cola. masing2 harus mengakui dan menerima seadanya..hanya Allah penentu segala. moga ada jodoh cik aleng suatu hari nanti....

PS: mak macam suke sangat mak berkawan ngan cola. apesal ek? sbb die hot kot!hehehehe...

0 comments:

 

me, myself & I © 2008. Template Design By: SkinCorner