Friday, November 11, 2011
11.11.11
Assalamualaikumwarahmatullah...
Alhamdulillah di panjangkan umur lagi umur kita bagi menyaksikan keagungan Allah S.W.T di atas muka bumi ini..Agungnya Allah mencipta langit dan bumi serta sekalian makhluknya untuk sujud kepadaNya...
Agaknya semua orang merasakan bertuah pada hari Jumaat yang mulia ini kerana jatuhnya pada tarikh janggal yang hanya akan berlaku 1000 tahun sekali. tarikh keramat 11.11.11 menjadi bualan setiap orang tidak kira di mana sahaja. awal pagi tadi di corong-corang radio sibuk mewancarakan aktiviti-aktiviti yang berlaku pada tarikh yang begitu cantik ini. apakah yang membezakan hari ini dengan hari-hari yang lain? sebenarnya..kita sendiri yang perlu mencorak hari kita. jika kita mahukan ianya berbeza, pasti akan berbeza, tapi jika kita menganggap ianya seperti hari2 biasa, maka tiada bezanya dengan hari2 yang lain...
Pada aku, aku masih belum mengecap keistimewaan itu..tidak selagi aku menyambutnya seorang diri..jika ada seseorang disebelahku sekarang..rasanya setiap hari pasti istimewa, istimewa dengan kehadirannya..sedikit irihati pada pasangan yang berumahtangga pada hari keramat ini...mmg aku pernah berimpian untuk mendapatkan tarikh yang seperti hari ini, tapi masa ku belum tiba lagi, saat itu, walau apa pun tarikhnya, aku pasti akan menjadikan hari itu hari yang paling istimewa..untuk diriku, dan untuk dirinya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




1 comments:
sabar ye sayang.....
Post a Comment